Wednesday, February 20, 2013

PUNCA JERAGAT - SEGMEN TAHUKAH ANDA??

Jeragat sering kali terjadi kepada mereka yang sudah menginjak usaha 30 an. Terutamanya bagi mereka yang menghadapi masalah kekurangan nutrien kulit, kurang penjagaan kulit terutamanya kulit muka dan penggunaan produk yang berasaskan bahan kimia yang terdiri daripada pelbagai bahan kimia yang memudaratkan kulit muka.

Jeragat juga berlaku kerana kulit kekurangan collagen dan juga disebabkan faktor persekitaran dan cuaca.Pendedahan kulit yang terlalu kerap di bawah pancaran matahari juga menyebabkan kulit kadangkala terkena pancaran sinar UV yang tidak baik untuk kulit.

Jeragat sebenarnya memerlukan masa untuk pulih. Ini bergantung kepada kebolehan sel unit untuk mebina semula sel-sel kulit yang telah mati. Bukan semua krim jeragat sesuai dengan kulit terutama sekali bagi krim yang terdiri daripada hydoquinin dan sebagainya kerana ianya hanya berfungsi
secara sementara sahaja dan kesan sampingan akan dirasai seperti lapisan kulit makin nipis dan kanser kulit.

LIKE page Khaiza Beauty Shop
 

No comments:

Post a Comment