TAHUKAH ANDA??
Virgin Coconut Oil (VCO) bukan sahaja berkesan utk memelihara kecantikan kulit dan pelangsingan.
MAlah VCO juga digunakan untuk meningkatkan daya tahan tubuh, merawat
asma, resung, migrain dan pelbagai penyakit dalam perut. Juga
meningkatkan tahap metabolisme dan tenaga.
Kapsul VCO Catalyst diproses secara semulajadi tanpa haba dan kimia lain. Terdapat sekurang-kurangnya 9 jenis asid lemak (Medium Chain Fatty Acids) iaitu asid caproic, caprylic, capric, lauric, myristic, stearic, oleic dan linoleic.
Kajian sains menunjukkan ianya amat berguna untuk kesihatan manusia sama ada kanak-kanak, dewasa warga tua lelaki atau wanita.
Kelebihan Minyak Kelapa Dara Asli (VCO)
1- Menyerupai lemak susu ibu.
2- Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, yang mengambil minyak kelapa dara
sebagai sebahagian dari pemakanannya akan mendapati paras lauric acid
dan capric acid bertambah secara ketara.
3-Anti Oksida (Mencegah atau melambatkan sel mati)
4-Antivirus dan antibakteria.
Lauric acid dalam minyak kelapa dara adalah 'medium chain fatty asid'
yang mempunyai tambahan fungsi yang amat berguna untuk membentuk
monolaurin di dalam tubuh manusia atau haiwan. Monolaurin adalah
bersifat antiviral, antibakteria dan antiprotozoal. Monoglyceride yang
digunakan oleh tubuh manusia atau haiwan berperanan memusnahkan lapisan
atau kelongsong lipid pada virus, seperti HIV, herpes, cytomegalovirus,
influenza, berbagai bakteria pathogen termasuk listeria monocytogenes
dan heliobacter pylori, serta protozoa seperti giardia lamblia.
Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Tindakan antiviral yang dikaitkan dengan monolaurin ialah ia mampu
mencairkan lapisan lipid dan phospholipid pada kelongsong atau envelope
virus yang menyebabkan kerosakan pada envelope virus berkenaan. Secara
mudah, fatty asid dan monoglycerides menghasilkan kesan pemusnahan iaitu
dengan menghancurkan dua lapisan plasma membran pada organism
berkenaan.
Dari beberapa kajian dan penyelidikan mutakhir ini,
telah membuktikan bahawa kesan antimikrobial monolaurin adalah berhubung
kait dengan gangguan terhadap sebarang isyarat ke atas mekanisma cell
organisma berkenaan untuk replikasi (replication).
5-Meningkatkan Metabolisma tubuh manusia
6- Dikelaskan sebagai functional food.
Sebagai functional food, (functional food telah didefinisikan dalam An
ILSI NORTH AMERICA SPECIAL CONFERENCE) bererti ia adalah makanan yang
membekalkan komponen untuk kesihatan mengatasi komponen untuk tenaga.
Adalah dianggarkan sekitar 50 peratus kandungan fatty asid di dalam
minyak kelapa dara adalah terdiri dari lauric acid, dan 6 hingga 7
peratus kandungannya lagi adalah terdiri dari capric acid.
Lauric
acid adalah 'medium chain fatty acid' yang mempunyai tambahan fungsi
yang amat berguna untuk membentuk monolaurin di dalam tubuh manusia atau
haiwan. Monolaurin adalah bersifat antiviral, antibakteria dan
antiprotozoal monoglyceride yang digunakan oleh tubuh manusia atau
haiwan untuk memusnahkan lapisan atau kelongsong lipid pada virus,
seperti HIV, herpes, cytomegalovirus, influenza, berbagai bakteria
pathogen termasuk listeria monocytogenes dan heliobacter pylori, serta
protozoa seperti giardia lamblia. Setengah kajian juga menunjukkan
bahawa ia berfungsi sebagai antimikrobial.
Sementara capric acid
adalah juga jenis 'medium chain fatty asid' yang mempunyai kelebihan
fungsi yang sama bila ia membentuk sebagai monocaprin di dalam tubuh
manusia atau haiwan. Monocaprin juga telah menunjukkan kesan keupayaan
sebagai antiviral terhadap HIV dan ia masih lagi dalam proses uji kaji
terhadap kesannya ke atas herpes simplex dan keberkesanan
antibakterianya terhadap chlamydia. (Reuters, London June 29,1999).
Dr. Halldor Thormar, ahli sains Icelandic, telah membuktikan bahawa
monolaurin yang berasal dari minyak kelapa dara, dapat membunuh virus
jenis 'lipid coated DNA dan RNA, termasuk HIV dan virus herpes dan juga
mikroorganism lain termasuk bakteria jenis gram positive. Ketika ini Dr.
Halldor Thormar dan pasukannya merancang untuk meneruskan ujian fungsi
serta kesan monocaprin terhadap chlamydia dan virus herpes simplex.
7- Penyembuhan Alami Luar Biasa:
Salah satu penggunaan minyak kelapa dara yang paling baik adalah untuk
memperlembut dan menyembuhkan kulit kering dan mengendur. Ketika mula
disapukan pada kulit ia kelihatan berminyak. Namun oleh kerana sifatnya
yang sangat mudah diserap ia tidak meninggalkan lapisan tipis berlemak
seperti kebanyakan losyen dan minyak komersial. Satu hakikat tentang
kehebatan minyak kelapa dara berbanding dengan losyen adalah ia bukan
sahaja dapat melembutkan kulit seperti losyen, tetapi ia berupaya
menghilangkan lapisan sel kulit yang mati disamping dapat mendorong
pertumbuhan jaringan baru yang lebih sihat.
Banyak orang
memperakui bahawa ketika dipakaikan di kulit, minyak kelapa dara
membantu mencegah sengatan sinar matahari yang panas, sehingga dapat
membantu dari gangguan seperti perkembangan kanser kulit dan jeragat
kerana kelebihan cahaya ultraviolet.
Pengerutan dan kulit kering
boleh juga disebabkan kerana terlalu banyak sinar matahari. Minyak
kelapa dara dapat juga membantu melindungi kulit dari cahaya matahari
yang merosak sehingga dengan mudah tubuh secara perlahan-lahan dapat
beradaptasi dalam keadaan demikian sehingga akhirnya boleh tahan
terhadap cahaya yang semakin besar. Tidak seperti sunscreen, minyak
kelapa dara tidak berfungsi menghambat cahaya ultraviolet, namun
memudahkan tubuh untuk menyesuaikan diri secara alami terhadap sengatan
cahaya matahari, sehingga dapat meningkatkan tingkat toleransi seiring
dengan berlalunya waktu. Namun oleh kerana jenis kulit yang berbeza,
tingkat toleransi setiap orang juga berbeza.
Mengapa minyak
kelapa dara mampu merangsang penyembuhan dan pemulihan? Hal ini
disebabkan kerana pengaruh metabolik yang dimiliki MCFA pada sel.
Aktiviti selular, termasuk penyembuhan luka , diatur oleh metabolisma.
Ketika angka metabolik tinggi, aktiviti selular dipercepat dan proses
seperti penyembuhan jaringan terluka, penghapusan racun, penyerangan sel
rosak atau sel mati dengan sel baru yang dilakukan pada aktiviti yang
tinggi. Maka dari itu, proses penyembuhannya dapat dipercepat kerana
MCFA memberikan sumber yenaga yang cepat pada sel untuk meningkatkan
metabolik dan kemampuan penyembuhan.
Keistimewaan khusus minyak
kelapa dara yang sangat berkesan adalah kemampuannya mengurangi
peradangan, iaitu dapat meredakan radang kulit kronik dalam waktu hanya
beberapa hari. Dalam satu kajian yang dilapurkan oleh Dr. S. Sadeghi dan
lain-lain, menyatakan bahawa minyak kelapa dara dapat menurunkan
bahan-bahan kimia pro-peradangan pada tubuh. Mereka menyarankan bahawa
minyak kelapa dara sangat berguna pada pengubatan beberapa penyakit
peradangan yang parah. Jika minyak kelapa dara diambil dalam pemakanan,
ciri-ciri penyembuhannya sebagaimana yang berlaku pada kulit juga
berlaku di dalam tubuh.
Gangguan yang berkaitan dengan radang
terutama sekali di dalam saluran gastrointestinal seperti colitis,
bisul, hepatitis dan hemorrhoids, telah dapat disembuhkan dengan minyak
kelapa dara ini. Minyak ini juga mungkin membantu meredakan radang di
bahagian tubuh lain seperti terlihat pada multiple sclerosis, arthritis,
dan peradangan pada pembuluh nadi (phlebitis) yang bisa menyebabkan
pengerasan pembuluh nadi dan sakit jantung.
Dari huraian di
atas menjelaskan bahawa minyak kelapa dara yang digunakan di dalam atau
diluar tubuh, telah memberikan banyak manfaat kesihatan yang sangat
menakjubkan.
No comments:
Post a Comment